Tips Berpuasa Lebih Sihat dengan Herbalife

Bulan ibadah penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak kembali lagi. Sambil menjalani ibadah berpuasa, kita juga turut meraih kekuatan iman dan belajar mengawal amukan nafsu. Tatkala menahan diri daripada lapar dan dahaga, Ramadan mendidik kita agar bersabar terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai menu lazat yang pastinya menaikkan nafsu makan berbanding hari-hari biasa.

 
Pun begitu, fadilat berpuasa menjadi hambar jikalau anda masih mengamalkan tabiat pemakanan atau gaya hidup yang tidak sihat. Makan berlebihan, mengambil makanan berat sepanjang malam, menikmati makanan yang tidak berkhasiat, kurang minum air, minum minuman manis dan tidur semasa kenyang merupakan antara contoh tidak sihat yang biasa diamalkan. Kesannya, memudaratkan diri anda sendiri. Jadi pemilihan pemakanan yang sihat amat perlu untuk memastikan kita kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari.

 
Dalam tempoh 14 jam (5:30pagi-7:30petang) menahan lapar dan dahaga, ramai yang sering mengadu lesu, kurang aktif, mengantuk serta pening. Perkara ini boleh diatasi dengan pengambilan NUTRISI HERBALIFE yang seimbang agar anda masih dapat menjalankan aktiviti harian seperti normal. Berikut adalah pelan pemakanan yang Nona sarankan:

 

SAHUR

Seperti fungsi sarapan yang amat penting, bersahur juga membekalkan semua tenaga dan nutrisi yang bakal digunakan pada siang hari. Makanan yang patut diambil ialah kurma, roti gandum atau biskut oat, secawan susu, semangkuk salad, sebiji epal atau sebarang buah-buahan lain dan SHAKE Formula 1 Herbalife. Anda juga digalakkan agar minum sekurangkurangnya empat gelas air.

 

BERBUKA/IFTAR

Elakkan berbuka puasa dengan juadah berat dan minuman manis. Dikhuatiri perut anda ‘terkejut’ setelah seharian kosong tidak diisi. Sebagai mengalas perut, ambillah beberapa biji kurma, segelas minuman jus buah, semangkuk sup sayur dan SHAKE Formula 1 Herbalife sebelum nda menunaikan solat Maghrib.

 

MAKAN MALAM / SELEPAS TERAWIH

Nikmati juadah sihat seperti SHAKE Formula 1 Herbalife dan lauk pauk yang kurang berminyak seperti ayam bakar, sayuran serta pelbagaikan pilihan menu seperti roti atau bijirin, minuman bersusu dan buah-buahan. Minum juga sekurang-kurangnya tiga gelas air.

 

SNEK

Anda digalakkan mengudap buah-buahan segar kekacang sebagai snek dan SHAKE Formula 1 Herbalife. Makanan ini baik untuk melancarkan perkumuhan dan mencegah masalah gastrousus. Kandungan sitrus membekalkan vitamin C dan sumber serat terbaik semasa berpuasa.

Tips Berpuasa:

  1. Minum air dan buah-buahan terlebih dahulu sebelum memakan nasi atau sebarang jenis makanan. Ini membuatkan
    anda rasa kenyang dan seterusnya membantu anda mengawal jumlah pengambilan makanan.
  2. Pastikan hidangan yang dimakan adalah seimbang.Permakanan seimbang bermaksud anda makan berpandukan
    keperluan tubuh badan . Pastikan anda makan pelbagai jenis makanan yang merangkumi setiap aras.
  3. Pastikan saiz hidangan yang diambil adalah mengikut keperluan tubuh badan anda. Sekiranya anda ingin mencuba
    pelbagai jenis hidangan, pastikan saiznya sedikit. Jangan mengambil sesuatu jenis makanan dalam kuantiti yang
    banyak.
  4. Kurangkan pilihan makanan yang tinggi lemak seperti rendang, lontong, kari bersantan, lemang dan sebagainya. Anda masih boleh menjamahnya tetapi bukanlah dalam kuantiti yang berlebihan.
  5. Lebihkan pengambilan hidangan yang tinggi serat. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang dengan lebih lama. Sekiranya terdapat hidangan buah-buahan, makan buah terlebih dahulu agar mengelakkan anda makan secara berlebihan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Loading...