Kekal Sihat Bersama Herbalife di Bulan Ramadan

Kekal Sihat Bersama Herbalife di Bulan Ramadan

Ramadan bertandang lagi! Amalan pemakanan yang betul harus menjadi tunjang buat semua yang menjalani ibadah ini. Bukan apa, melihat kebanjiran bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai jenis makanan yang sukar didapati pada bulan lain membuatkan ramai daripada kita melupai cara pemakanan sihat.

Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah puasa. Secara tidak langsung sistem psikologi akan lebih tenang dan rasional untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti sifat cepat marah.

Kepentingan Pemakanan Sihat di Bulan Ramadan

Setelah seharian berpuasa, pastinya kita terdorong untuk membeli juadah sebagai reward kepada diri yang berjaya menghabiskan puasa seharian. Pelbagai juadah dibeli tanpa memikirkan adakah kita mampu untuk makan kesemua makanan tersebut. Paling penting, amalan pemakanan yang betul harus dititik beratkan setiap masa lebih-lebih lagin ketika menjalani ibadah puasa. Ini bagi mengelakkan beberapa masalah berkaitan kesihatan seperti gastrik, sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut serta kandunagan gula rendah dalam badan. Saban tahun pasti masalah-masalah ini akan menjadi alasan kebanyakan daripada kita yang berpuasa.

Seorang pakar kesihatan dari Amerika Syarikat, Allan Cott menyatakan dalam bukunya WHY FAST menganai kelebihan berpuasa seperti menstabilkan emosi, mengembalikan ketenangan serta menajamkan fungsi kepekaan seseorang terhadap sesuatu.

Bersahur

Amalan bersahur penting sebagai pembekal tenaga sepanjang hari berpuasa. Sebaik-baikny amalkan pengambilan sahur setengah jam sebelum waktu Imsak. Bersahur terlalu awal akan membuatkan tenaga gentian tidak cukup menampung aktiviti harian dan tidak digalakkan sama sekali mengambil sejumlah makanan yang berat sebelum anda tidur.

Berbuka Puasa

Perkara pertama yang perlu anda elak ketika berbuka puasa adalah mengambil kuih-muih yang tinggi kandungan gula. Gantikan kuih-muih tadi dengan hidangan buah-buahan dan digalakkan mengambil makanan ringkas terlebih dahulu sebaik sahaja tiba waktu berbuka puasa. Hal ini penting untuk sistem penghadaman.

Amalan berpuasa adalah salah satu cara untuk mendetoksifikasi badan secara semua jadi. Herbalife dengan rangkaian produk seperti Formula 1 Shake, Formula 3 Protein serta Tea Mix mampu membantu penyerapan nutrisi yang lebih pada Ramadan ini selain menurunkan berat badan serta pembinaan jisim otot. Rangkaian minuman Shake Herbalife nyata memberi tenaga berterusan untuk anda menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan ini.

Source from Herbalife Malaysia

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Loading...